About


         Fotografi memang bukan menjadi satu bidang yang ingin saya ceburi. Itu hanyalah pandangan saya 14  tahun yang lalu. Seingat saya seorang rakan mengajak saya mengikutinya untuk memasuki kelab fotografi di sekolah. Tanpa berfikir banyak saya menolaknya. Sebab apa? Bayangkan kita perlu duduk di dalam Bilik Gelap, "Dark Room" istilah bilik pencucian filem, dengan berlampukan cahaya merah yang memeningkan berjam-jam dan semata-mata untuk mencuci filem bagi menghasilkan sesuatu gambar. Tapi sekarang ia bukan satu masalah lagi pada saya kerana terciptanya kad memori dan juga DSLR.

        Fotografi telah menjadi satu fenomena untuk semua dan begitu juga saya. Minat saya sebenarnya telah bermula lama. Memandangkan situasi pada masa itu belum mengizinkan saya untuk bermula, terpaksalah saya menangguhkannya.

        Pada ketika Fiesta Belon Udara Panas di adakan di Putrajaya pada 2010, saya telah berada di sana seawal 7 pagi. Bayangkan ketika tu saya malu untuk mengeluarkan kamera kompak dari poket seluar memandangkan kebanyakan photographer di kiri kanan saya menggunakan DSLR di samping lens mereka yang panjang dan aksesori yang mahal serta pelbagai.. Sejak itulah saya menanam azam untuk lebih serius dalam bidang ini.

        Kepada mereka yang menyokong, saya ucapkan jutaan terima kasih. Kepada yang baru mengenali saya, hakimilah saya melalui hasil kerja saya. Segala pujian dan kritikan saya terima dengan hati yang terbuka.

Semoga Ameerphotoworks berjaya di masa hadapan. 




No comments:

Post a Comment